Fakhrul Anwar Ismail

Fakhrul Anwar Ismail adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.[1] Beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Bintong dalam Pilihan raya negeri Perlis 2022 lalu.[2] Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Perlis Parti Islam Se-Malaysia.[3]